Rabu, 16 November 2011

pemikiran islam


TAJDID


Di dalam Al-Quran, tidak terdapat kata  التجديد (pembaharuan).  Yang ada hanya perkataan : جديد sebagaimana 7 tempat di dalam Al-Quran.  Seperti dalam firman Allah ;

Tidakkah Engkau telah nampak dan mengetahui Bahawa Allah telah menciptakan langit dan bumi Dengan cara Yang sungguh layak dan berhikmat? jika ia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula Dengan makhluk-makhluk Yang baharu.    (Surah Ibrahim : 19)


Pada hakikatnya, banyak ayat-ayat al-Quran yang menyuruh kita sentiasa memperbaharui perbuatan kita dan keimanan kita.  Walaupun tidak khusus dengan perkataan جدد, al-Quran mengistilahkan dengan istilah lain, namun merupakan tajdid.

Tajdid menurut bahasa :  Berasal dari bahasa Arab : جدد  ،   يجدد  ،   تجديدا
Bererti sesuatu yang sudah lama / usang, kemudian diperbaharui .  Sebagaimana dalam sabda Rasulullah S.A.W. ;

قال رسول الله (ص) :  جددوا إيمانكم ، قيل يا رسول الله وكيف نجدد إيمانا ،  قال : أكثروا  من قول  لا إله إلا الله  (رواه أحمد)

Berkata Rasulullah S.A.W. : Perbaharuilah Iman kamu,  Sahabat bertanya wahai Rasulullah, bagaiaman kami memperbaharui Iman kami?  Rasulullah berkata :  Perbanyakkan mengucap لا إله إلا الله (mengucapkannya dalam konteks merenung maknanya).

Tajdid menurut istilah :  Menghilangkan dan memerangi sesuatu yang melekat (menempel) dalam Agama iaitu daripada KHURAFAT, SYIRIK dan BID’AH-BID’AH,  Allah tidak menurunkan secara nyata.  Dan menjelaskan agama yang benar dan keyakinan yang sempurna.

Kesimpulannya ada dua pengertian ;
  • Memerangi sesuatu yang menempel dalam Agama.
  • Menjelaskan Agama yang benar dan keyakinan yang lurus.


Ruang lingkup Tajdid  :  Iaitu di seluruh bidang kehidupan iaitu :
  • Aspek Aqidah
  • Aspek Ibadah
  • Aspek Amali



IJTIHAD


Ijtihad menurut bahasa :  Berasal dari kata  :  إجتهد  ،  يجتهد  ،  إجتهادا  ،  مجتهد  bererti sungguh-sungguh, rajin, giat atau mencurakan kemampuan, daya upaya atau usaha keras untuk mencapai atau memperoleh sesuatu.

Ijtihad menurut istilah :  Suatu upaya pemikiran yang sungguh-sungguh untuk menegaskan prasangka kuat atau dzon (ظن )yang didasarkan suatu petunjuk yang berlaku atau penelitian dan pemikiran untuk mendapatkan suatu yang terdekat dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah.

Ruang lingkup Ijtihad  :  Pada perkara Furu’ (cabangan-cabangan hukum) dan pada perkara Dzonni (ظني ) iaitu  masalah-masalah yang tidak ditentukan secara pasti oleh nash Al-Quran an Hadis.

Untuk lebih lanjut ruang lingkup Ijtihad itu ialah ;

1)       Pada persoalan Nash (نص ) yang terdapat dalam Qath’ie Tsubut (قطعي الثبوت ) iaitu pada perkara Dzanni al-Dilalah (ظني الدلالة ). 

Qath’ie Tsubut adalah terdiri dari Al-Quran dan Hadis Mutawwatir. 2 perkara ini merupakan perkara yang tidak perlu lagi kepada ijtihad kerana keduanya adalah perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi kesahihannya dari segi periwayatnya.

Di dalamnya, ada dalil-dalil dan ayat-ayat yang sudah pasti dan tidak diragui kefahamannya Qat’ie Dilalah (قطعي الدلالة,), misalnya : Firman Allah mengenai dengan Had orang yang menuduh orang yang lain daripada isterinya berzina yang tidak dapat membawakan empat orang saksi, hendaklah disebat kepada penuduh itu sebanyak 80 kali sebatan.   Kalimah ثمنين   adalah khas, tidak berkemungkinan sama sekali menunjuk selain daripada maknanya secara Qath’ie (yakin).

Namun ada dalil-dalil dan ayat-ayat yang memerlukan kepada ijtihad iaitu Dzanni al-Dilalah ( ظني الدلالة ).  Kerana dalil-dalil tersebut terkadang adalah am dan terkadang ia berbentuk mutlak, terkadang ia berbentuk Amr (Perintah) dan terkadang ia berbentuk Nahi (Larangan), dan terkadang ia menunjuk kepada maknanya melalui ibaratnya atau isyaratnya atau lain daripadanya.

Misalnya ayat Al-Quran mengenai masalah pengertian 3 kali suci bagi wanita, iaitu sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (228);

àM»s)¯=sÜßJø9$#ur šÆóÁ­/uŽtItƒ £`ÎgÅ¡àÿRr'Î/ spsW»n=rO &äÿrãè% 4
dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu Dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).
             
Ulamak-ulamak telah berselisih pendapat dalam memahami permasalahan 3 kali suci tersebut.

Contohnya lagi pada persoalan berhubung tentang menyaksikan bulan untuk berpuasa Ramadhan.  Menyaksikan itu diperselisihkan ulamak.  Mereka berijtihad i)  Mesti melihat dengan mata kepala
ii) Pakai ilmu pengetahuan.

2)       Pada perkara yang Dzanni Tsubut dan Dilalah

Apabila sesuatu hukum itu terdiri daripada hukum-hukum yang datang mengenainya oleh nas yang di Dzankan tsabitnya, maka ia memerlukan ijtihad mengenai sanad dalilnya, cara sampainya kepada kita dan kedudukan perawi-perawinya di segi keadilan, ingatan (ضبط ) dan sebagainya.  Jika sekiranya seorang mujtahid itu setelah meneliti perkara-perkara tersebut dan mendapati tsabit dan sahnya, maka ia beramal dengannya.  Dan jika ia tidak mendapati tsabit dan sahnya, maka ia tidak beramal dengannya.
          
3)       Pada persoalan yang dalilnya Ta’arudh "تعرض" (bertentangan).
4)       Pada persoalan lafaz mufrad yang memiliki arti lebih dari satu.
5)       Pada permasalahan susunan Bahasa Arab.
6)       Pada hal-hal yang tidak terdapat nash.



















CIRI-CIRI AGAMA ISLAM


1.                  Bersifat Alamiah.
·        International.
·        Tidak terbatas untuk sesuatu bangsa.
·        Untuk seluruh manusia.

2.         Bersifat Universal.
·        Mencakup seluruh aspek kehidupan manusia.
·        Dari urusan yang besar-besar hinggalah kepada yang sekecil-kecilnya, tidak terlepas dari pandangan Islam.  

3.                  Bersifat Washatiah.
·        Agama yang seimbang (dunia dan akhirat).
·        Tidak mementingkan Akhirat semata-mata.

4.                  Bersifat Rabbaniyyah.
·        Dari segi sumbernya iaitu tidak ada sesuatu yang kita lakukan semuanya bersumber daripada Allah, misalnya Solat adalah bersumber dari Allah.
·        Dari segi tujuannya iaitu apa pun pekerjaan yang kita lakukan semuanya diniatkan untuk Allah.
·        Perkara ini membezakan kita dengan orang-orang Kafir.

5.                  Bersifat Insaniyyah.
·        Agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
·        Misalnya solat adalah insaniyyah, boleh dilakukan gerak perbuatannya  (tidak memberatkan).
·        Puasa pun insaniyyah, boleh dilaksanakan tanpa menyiksakan. 
·        Berbeza puasa orang yang bukan Islam yang menyiksa diri mereka.

6.                  Sesuai untuk semua masa.
·        Dari zaman jahiliyyah, zaman dulu hingga kini.

7.               Semua manusia sama di sisi Allah.
·        Tidak boleh menganggap seorang imam itu lebih mulia kedudukannya di sisi Allah, mungkin saja orang yang miskin itu adalah yang lebih mulia.

8.                  Memelihara kepentingan hidup manusia iaitu menarik manfaat dan menolak mudharat dalam kehidupan manusia.
·        Misalnya, orang yang hendak berangkat menunaikan fardhu Haji (sesuatu yang bermanfaat), tetapi di ramalkan sesuatu perkara musibah berlaku di tengah perjalanan.  Kerana mudharat (musibah melanda), manfaat di tarik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan