Rabu, 16 November 2011

pemikiran islam


TAJDID


Di dalam Al-Quran, tidak terdapat kata  التجديد (pembaharuan).  Yang ada hanya perkataan : جديد sebagaimana 7 tempat di dalam Al-Quran.  Seperti dalam firman Allah ;

Tidakkah Engkau telah nampak dan mengetahui Bahawa Allah telah menciptakan langit dan bumi Dengan cara Yang sungguh layak dan berhikmat? jika ia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula Dengan makhluk-makhluk Yang baharu.    (Surah Ibrahim : 19)


Pada hakikatnya, banyak ayat-ayat al-Quran yang menyuruh kita sentiasa memperbaharui perbuatan kita dan keimanan kita.  Walaupun tidak khusus dengan perkataan جدد, al-Quran mengistilahkan dengan istilah lain, namun merupakan tajdid.

Tajdid menurut bahasa :  Berasal dari bahasa Arab : جدد  ،   يجدد  ،   تجديدا
Bererti sesuatu yang sudah lama / usang, kemudian diperbaharui .  Sebagaimana dalam sabda Rasulullah S.A.W. ;

قال رسول الله (ص) :  جددوا إيمانكم ، قيل يا رسول الله وكيف نجدد إيمانا ،  قال : أكثروا  من قول  لا إله إلا الله  (رواه أحمد)

Berkata Rasulullah S.A.W. : Perbaharuilah Iman kamu,  Sahabat bertanya wahai Rasulullah, bagaiaman kami memperbaharui Iman kami?  Rasulullah berkata :  Perbanyakkan mengucap لا إله إلا الله (mengucapkannya dalam konteks merenung maknanya).

Tajdid menurut istilah :  Menghilangkan dan memerangi sesuatu yang melekat (menempel) dalam Agama iaitu daripada KHURAFAT, SYIRIK dan BID’AH-BID’AH,  Allah tidak menurunkan secara nyata.  Dan menjelaskan agama yang benar dan keyakinan yang sempurna.

Kesimpulannya ada dua pengertian ;
  • Memerangi sesuatu yang menempel dalam Agama.
  • Menjelaskan Agama yang benar dan keyakinan yang lurus.


Ruang lingkup Tajdid  :  Iaitu di seluruh bidang kehidupan iaitu :
  • Aspek Aqidah
  • Aspek Ibadah
  • Aspek Amali



IJTIHAD


Ijtihad menurut bahasa :  Berasal dari kata  :  إجتهد  ،  يجتهد  ،  إجتهادا  ،  مجتهد  bererti sungguh-sungguh, rajin, giat atau mencurakan kemampuan, daya upaya atau usaha keras untuk mencapai atau memperoleh sesuatu.

Ijtihad menurut istilah :  Suatu upaya pemikiran yang sungguh-sungguh untuk menegaskan prasangka kuat atau dzon (ظن )yang didasarkan suatu petunjuk yang berlaku atau penelitian dan pemikiran untuk mendapatkan suatu yang terdekat dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah.

Ruang lingkup Ijtihad  :  Pada perkara Furu’ (cabangan-cabangan hukum) dan pada perkara Dzonni (ظني ) iaitu  masalah-masalah yang tidak ditentukan secara pasti oleh nash Al-Quran an Hadis.

Untuk lebih lanjut ruang lingkup Ijtihad itu ialah ;

1)       Pada persoalan Nash (نص ) yang terdapat dalam Qath’ie Tsubut (قطعي الثبوت ) iaitu pada perkara Dzanni al-Dilalah (ظني الدلالة ). 

Qath’ie Tsubut adalah terdiri dari Al-Quran dan Hadis Mutawwatir. 2 perkara ini merupakan perkara yang tidak perlu lagi kepada ijtihad kerana keduanya adalah perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi kesahihannya dari segi periwayatnya.

Di dalamnya, ada dalil-dalil dan ayat-ayat yang sudah pasti dan tidak diragui kefahamannya Qat’ie Dilalah (قطعي الدلالة,), misalnya : Firman Allah mengenai dengan Had orang yang menuduh orang yang lain daripada isterinya berzina yang tidak dapat membawakan empat orang saksi, hendaklah disebat kepada penuduh itu sebanyak 80 kali sebatan.   Kalimah ثمنين   adalah khas, tidak berkemungkinan sama sekali menunjuk selain daripada maknanya secara Qath’ie (yakin).

Namun ada dalil-dalil dan ayat-ayat yang memerlukan kepada ijtihad iaitu Dzanni al-Dilalah ( ظني الدلالة ).  Kerana dalil-dalil tersebut terkadang adalah am dan terkadang ia berbentuk mutlak, terkadang ia berbentuk Amr (Perintah) dan terkadang ia berbentuk Nahi (Larangan), dan terkadang ia menunjuk kepada maknanya melalui ibaratnya atau isyaratnya atau lain daripadanya.

Misalnya ayat Al-Quran mengenai masalah pengertian 3 kali suci bagi wanita, iaitu sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (228);

àM»s)¯=sÜßJø9$#ur šÆóÁ­/uŽtItƒ £`ÎgÅ¡àÿRr'Î/ spsW»n=rO &äÿrãè% 4
dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu Dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).
             
Ulamak-ulamak telah berselisih pendapat dalam memahami permasalahan 3 kali suci tersebut.

Contohnya lagi pada persoalan berhubung tentang menyaksikan bulan untuk berpuasa Ramadhan.  Menyaksikan itu diperselisihkan ulamak.  Mereka berijtihad i)  Mesti melihat dengan mata kepala
ii) Pakai ilmu pengetahuan.

2)       Pada perkara yang Dzanni Tsubut dan Dilalah

Apabila sesuatu hukum itu terdiri daripada hukum-hukum yang datang mengenainya oleh nas yang di Dzankan tsabitnya, maka ia memerlukan ijtihad mengenai sanad dalilnya, cara sampainya kepada kita dan kedudukan perawi-perawinya di segi keadilan, ingatan (ضبط ) dan sebagainya.  Jika sekiranya seorang mujtahid itu setelah meneliti perkara-perkara tersebut dan mendapati tsabit dan sahnya, maka ia beramal dengannya.  Dan jika ia tidak mendapati tsabit dan sahnya, maka ia tidak beramal dengannya.
          
3)       Pada persoalan yang dalilnya Ta’arudh "تعرض" (bertentangan).
4)       Pada persoalan lafaz mufrad yang memiliki arti lebih dari satu.
5)       Pada permasalahan susunan Bahasa Arab.
6)       Pada hal-hal yang tidak terdapat nash.



















CIRI-CIRI AGAMA ISLAM


1.                  Bersifat Alamiah.
·        International.
·        Tidak terbatas untuk sesuatu bangsa.
·        Untuk seluruh manusia.

2.         Bersifat Universal.
·        Mencakup seluruh aspek kehidupan manusia.
·        Dari urusan yang besar-besar hinggalah kepada yang sekecil-kecilnya, tidak terlepas dari pandangan Islam.  

3.                  Bersifat Washatiah.
·        Agama yang seimbang (dunia dan akhirat).
·        Tidak mementingkan Akhirat semata-mata.

4.                  Bersifat Rabbaniyyah.
·        Dari segi sumbernya iaitu tidak ada sesuatu yang kita lakukan semuanya bersumber daripada Allah, misalnya Solat adalah bersumber dari Allah.
·        Dari segi tujuannya iaitu apa pun pekerjaan yang kita lakukan semuanya diniatkan untuk Allah.
·        Perkara ini membezakan kita dengan orang-orang Kafir.

5.                  Bersifat Insaniyyah.
·        Agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
·        Misalnya solat adalah insaniyyah, boleh dilakukan gerak perbuatannya  (tidak memberatkan).
·        Puasa pun insaniyyah, boleh dilaksanakan tanpa menyiksakan. 
·        Berbeza puasa orang yang bukan Islam yang menyiksa diri mereka.

6.                  Sesuai untuk semua masa.
·        Dari zaman jahiliyyah, zaman dulu hingga kini.

7.               Semua manusia sama di sisi Allah.
·        Tidak boleh menganggap seorang imam itu lebih mulia kedudukannya di sisi Allah, mungkin saja orang yang miskin itu adalah yang lebih mulia.

8.                  Memelihara kepentingan hidup manusia iaitu menarik manfaat dan menolak mudharat dalam kehidupan manusia.
·        Misalnya, orang yang hendak berangkat menunaikan fardhu Haji (sesuatu yang bermanfaat), tetapi di ramalkan sesuatu perkara musibah berlaku di tengah perjalanan.  Kerana mudharat (musibah melanda), manfaat di tarik.



falsafah pendidikan islam

Rabu, 26 Oktober 2011

NABI IBRAHIM DAN BAPANYA



Masjid Al Haram, MakkahAzar, begitulah nama bapa Nabi Ibrahim. Juga seorang yang dengan asyik menyembah batu batu patung, bahkan orang yang membuat patung patung itu dan menjualnya untuk disembah manusia yang membelinya. 
Ibrahim tahu, bahawa bapanyalah manusia yang paling dekat kepadanya. Sebab itu bapanya sendiri itulah yang harus pertama kali ditunjuki dan dihindarkannya dari kesesatan, diberi nasihat sepanjang apa yang diajarkan Allah kepadanya. 
Terhadap bapanya itu, Nabi Ibrahim sangat hati hati, sebagai penasihat, tetapi pula sebagai anak, Nabi Ibrahim sekali kali tidaklah menghina atau mAerendahkan akan apa apa yang disembah bapanya itu. Di aturlah oleh Ibrahim kata kata dengan susunan yang paling baik dan menarik hati, dikeluarkan kalimat demi kalimat yang sudah diaturnya itu dengan suara yang lunak, berlemah lembut, bersopan santun, dengan cara yang penuh hormat sekali kepada orang tuanya sendiri. 

kaaba1c.jpg
Mula mula sekali disebutkannya bahawa dia sendiri adalah anak dari bapanya itu sendiri. Kemudian mulai Ibrahim bertanya pertimbangan dan alasan alasan apakah yang menyebabkan bapanya menyembah batu patung itu. Akhirnya dengan cara yang halus, dinyatakannya kepada bapanya, bahawa dia mendapat ilmu dan wahyu dari Allah, mendapatkan keterangan keterangan yang tidak didapat oleh bapanya sendiri. 
Dengan hormat dan khidmat, budi dan sopan, tutur demi tutur kata yang teratur, Ibrahim mengajak bapanya sendiri untuk percaya kepadanya, untuk sama sama mengenal Allah bersama dia, kemudian agar menyembah Allah dan meninggalkan batu patung yang tak mendatangkan sesuatu apapun itu.



Masjid Al Haram






Tetapi bagaimana juga dicuba oleh Ibrahim untuk menarik hati bapanya, sia sia belaka. Bapanya bukan bertambah insaf dan dekat dengan pendiriannya, malah bertambah sesat dan jauh dari yang dicita citakan Ibrahim sendiri. Akhirnya bapanya berkata: Apakah engkau benci kepada tuhanku, hai Ibrahim? Kalau engkau tidak kembali dari tindakan engkau itu engkau akan saya lontar dengan batu, akan saya hancurkan badanmu itu. Engkau akan tahu sendiri bagaimana jadinya kalau saya sudah marah. Sebelum saya marah, lebih baik engkau pergi saja, tidak ada tempat lagi buatmu di rumahku ini, dan tidak ada pula tempat bagimu dalam hatiku.


Semua sanggahan dan bantahan bapanya itu, disambut oleh Ibrahim dengan dada yang  lapang, ketenangan hati, ketetapan jiwa. Kepada Ibrahim tidak dibolehkan oleh Allah bertindak lebih jauh selain menjawab semua itu dengan apa yang diwahyukan Tuhannya: Salamku dan selamat tinggal kepada bapa, saya mohon ampunan Tuhan bagi bapa, kerana bapaku harus kuhormat, dan aku mohonkan ampun bagimu hai kaumku atas apa yang kamu sembah selain Allah, dan aku berdoa kepada Tuhanku, mudah mudahan Tuhan tidak menjadikan doaku ini pangkal kesengsaraan. 
Nabi Ibrahim berangkat dan pergi dengan sedih memukul hatinya, kerana anjurannya tidak dapat disambut dengan telinga terbuka oleh bapanya sendiri. Dia mengasingkan diri dari bapanya, agar jangan ikut serta menyaksikan kesesatan dan kesyirikan itu.