TAJDID
Di dalam Al-Quran, tidak terdapat kata
التجديد (pembaharuan).
Yang ada hanya perkataan : جديد sebagaimana 7 tempat di
dalam Al-Quran. Seperti dalam firman
Allah ;
Tidakkah Engkau telah
nampak dan mengetahui Bahawa Allah telah menciptakan langit dan bumi Dengan
cara Yang sungguh layak dan berhikmat? jika ia kehendaki nescaya dibinasakanNya
kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula Dengan makhluk-makhluk
Yang baharu. (Surah Ibrahim : 19)
Pada hakikatnya, banyak ayat-ayat
al-Quran yang menyuruh kita sentiasa memperbaharui perbuatan kita dan keimanan kita. Walaupun tidak khusus dengan perkataan جدد, al-Quran mengistilahkan
dengan istilah lain, namun merupakan tajdid.
Tajdid menurut bahasa : Berasal
dari bahasa Arab : جدد ، يجدد
، تجديدا
Bererti sesuatu yang sudah lama / usang, kemudian diperbaharui . Sebagaimana dalam sabda Rasulullah S.A.W. ;
قال رسول
الله (ص) : جددوا إيمانكم ، قيل يا رسول
الله وكيف نجدد إيمانا ، قال :
أكثروا من قول لا إله إلا الله (رواه أحمد)
Berkata Rasulullah S.A.W. : Perbaharuilah Iman kamu, Sahabat bertanya wahai Rasulullah, bagaiaman
kami memperbaharui Iman kami? Rasulullah
berkata : Perbanyakkan mengucap لا إله إلا
الله (mengucapkannya dalam konteks merenung maknanya).
Tajdid menurut istilah :
Menghilangkan dan memerangi sesuatu yang melekat (menempel) dalam Agama
iaitu daripada KHURAFAT, SYIRIK dan BID’AH-BID’AH, Allah tidak menurunkan secara nyata. Dan menjelaskan agama yang benar dan
keyakinan yang sempurna.
Kesimpulannya ada dua pengertian ;
- Memerangi sesuatu yang menempel dalam Agama.
- Menjelaskan Agama yang benar dan keyakinan yang lurus.
Ruang lingkup Tajdid : Iaitu di seluruh bidang kehidupan iaitu :
- Aspek Aqidah
- Aspek Ibadah
- Aspek Amali
IJTIHAD
Ijtihad menurut bahasa : Berasal
dari kata : إجتهد
، يجتهد ،
إجتهادا ، مجتهد bererti sungguh-sungguh, rajin, giat atau
mencurakan kemampuan, daya upaya atau usaha keras untuk mencapai atau
memperoleh sesuatu.
Ijtihad menurut istilah : Suatu
upaya pemikiran yang sungguh-sungguh untuk menegaskan prasangka kuat atau dzon
(ظن
)yang didasarkan suatu petunjuk yang berlaku atau penelitian dan pemikiran
untuk mendapatkan suatu yang terdekat dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah.
Ruang lingkup Ijtihad : Pada perkara Furu’
(cabangan-cabangan hukum) dan pada perkara Dzonni (ظني ) iaitu masalah-masalah yang tidak ditentukan secara
pasti oleh nash Al-Quran an Hadis.
Untuk lebih lanjut ruang lingkup Ijtihad itu ialah ;
1) Pada persoalan Nash (نص ) yang terdapat dalam Qath’ie
Tsubut (قطعي الثبوت ) iaitu pada perkara
Dzanni al-Dilalah (ظني الدلالة
).
Qath’ie Tsubut adalah terdiri dari
Al-Quran dan Hadis Mutawwatir. 2 perkara ini merupakan perkara yang tidak perlu
lagi kepada ijtihad kerana keduanya adalah perkara yang tidak boleh
dipertikaikan lagi kesahihannya dari segi periwayatnya.
Di dalamnya, ada dalil-dalil dan ayat-ayat
yang sudah pasti dan tidak diragui kefahamannya Qat’ie Dilalah (قطعي الدلالة,), misalnya : Firman Allah mengenai dengan
Had orang yang menuduh orang yang lain daripada isterinya berzina yang tidak
dapat membawakan empat orang saksi, hendaklah disebat kepada penuduh itu
sebanyak 80 kali sebatan. Kalimah ثمنين adalah khas, tidak berkemungkinan sama sekali
menunjuk selain daripada maknanya secara Qath’ie (yakin).
Namun ada dalil-dalil dan ayat-ayat yang
memerlukan kepada ijtihad iaitu Dzanni al-Dilalah ( ظني الدلالة ). Kerana
dalil-dalil tersebut terkadang adalah am dan terkadang ia berbentuk mutlak,
terkadang ia berbentuk Amr (Perintah) dan terkadang ia berbentuk Nahi (Larangan),
dan terkadang ia menunjuk kepada maknanya melalui ibaratnya atau isyaratnya
atau lain daripadanya.
Misalnya ayat Al-Quran mengenai masalah
pengertian 3 kali suci bagi wanita, iaitu sebagaimana firman Allah dalam
Surah Al-Baqarah (228);
àM»s)¯=sÜßJø9$#ur ÆóÁ/utIt £`ÎgÅ¡àÿRr'Î/ spsW»n=rO &äÿrãè% 4
dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu
Dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).
Ulamak-ulamak telah
berselisih pendapat dalam memahami permasalahan 3 kali suci tersebut.
Contohnya lagi pada
persoalan berhubung tentang menyaksikan bulan untuk berpuasa
Ramadhan. Menyaksikan itu
diperselisihkan ulamak. Mereka
berijtihad i) Mesti melihat dengan mata
kepala
ii) Pakai ilmu
pengetahuan.
2) Pada perkara yang Dzanni
Tsubut dan Dilalah
Apabila sesuatu hukum itu terdiri daripada
hukum-hukum yang datang mengenainya oleh nas yang di Dzankan tsabitnya, maka ia
memerlukan ijtihad mengenai sanad dalilnya, cara sampainya kepada kita dan
kedudukan perawi-perawinya di segi keadilan, ingatan (ضبط ) dan sebagainya. Jika sekiranya seorang mujtahid itu setelah
meneliti perkara-perkara tersebut dan mendapati tsabit dan sahnya, maka ia
beramal dengannya. Dan jika ia tidak
mendapati tsabit dan sahnya, maka ia tidak beramal dengannya.
3) Pada persoalan yang
dalilnya Ta’arudh "تعرض" (bertentangan).
4) Pada persoalan lafaz
mufrad yang memiliki arti lebih dari satu.
5) Pada permasalahan susunan
Bahasa Arab.
6) Pada hal-hal yang tidak
terdapat nash.
CIRI-CIRI AGAMA ISLAM
1.
Bersifat Alamiah.
·
International.
·
Tidak terbatas untuk sesuatu bangsa.
·
Untuk seluruh manusia.
2. Bersifat Universal.
·
Mencakup seluruh aspek kehidupan
manusia.
·
Dari urusan yang besar-besar hinggalah kepada yang sekecil-kecilnya, tidak
terlepas dari pandangan Islam.
3.
Bersifat Washatiah.
·
Agama yang seimbang (dunia dan akhirat).
·
Tidak mementingkan Akhirat semata-mata.
4.
Bersifat Rabbaniyyah.
·
Dari segi sumbernya iaitu tidak ada sesuatu yang kita lakukan
semuanya bersumber daripada Allah, misalnya Solat adalah bersumber dari Allah.
·
Dari segi tujuannya iaitu apa pun pekerjaan yang kita lakukan
semuanya diniatkan untuk Allah.
·
Perkara ini membezakan kita dengan orang-orang Kafir.
5.
Bersifat Insaniyyah.
·
Agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
·
Misalnya solat adalah insaniyyah, boleh dilakukan gerak perbuatannya (tidak memberatkan).
·
Puasa pun insaniyyah, boleh dilaksanakan tanpa menyiksakan.
·
Berbeza puasa orang yang bukan Islam yang menyiksa diri mereka.
6.
Sesuai untuk semua masa.
·
Dari zaman jahiliyyah, zaman dulu hingga kini.
7.
Semua manusia sama di sisi Allah.
·
Tidak boleh menganggap seorang imam itu lebih mulia kedudukannya di sisi
Allah, mungkin saja orang yang miskin itu adalah yang lebih mulia.
8.
Memelihara kepentingan hidup manusia iaitu menarik
manfaat dan menolak mudharat dalam kehidupan manusia.
·
Misalnya, orang yang hendak berangkat menunaikan fardhu Haji (sesuatu yang
bermanfaat), tetapi di ramalkan sesuatu perkara musibah berlaku di tengah
perjalanan. Kerana mudharat (musibah
melanda), manfaat di tarik.